Bagi memastikan jaminan keselamatan penduduk di negeri ini, polis Johor akan menubuhkan sebuah pasukan khas sebagai menangani masalah jenayah ragut yang kian menjadi sejak akhir ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pasukan khas terbabit akan ditubuhkan dalam tempoh terdekat di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang diketuai setiap ketua polis daerah masing-masing.
Menurutnya, pasukan ini akan bertindak bagi mengawal indeks jenayah ragut di negeri ini agar berada pada tahap yang tidak membimbangkan.
“Jenayah ragut adalah jenayah yang perlu dipandang serius, kita lihat beberapa kes ragut yang terjadi di negara ini menjadi trauma hingga meragut nyawa mangsa.
“Oleh itu, dengan adanya pasukan khas ini diharap jenayah ragut dapat ditangani dan saya akan mengarahkan setiap anggota untuk lebih melakukan rondaan di setiap kawasan tumpuan jenayah ragut,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Pengaduan Jemaah Malabar Johor (PPJMJ), di Dewan Raya Ulu Tiram, di sini, semalam. - SH
* Bagus bila polis guna fikiran...
Judul : Polis Johor tubuh pasukan khas tangani jenayah ragut
Deskripsi : Bagi memastikan jaminan keselamatan penduduk di negeri ini, polis Johor akan menubuhkan sebuah pasukan khas sebagai menangani masalah jenaya...