Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata
Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.
Beliau sendiri pernah berceramah dalam majlis yang dihadiri tidak sampai seratus orang tetapi masih mampu menang dalam pilihan raya, katanya dalam sidang media di Cyberjaya hari ini.
Anak kelahiran Kedah itu berkata, perkara itu akan dapat dilihat apabila pilihan raya berlangsung tidak selepas ini.
PAS mendakwa, dalam acara yang dinamakan "Himpunan Hijau ke Putrajaya" Sabtu lalu dihadiri lebih 100,000 orang. Ia dilihat cuba menyanyi perhimpunan besar Umno di Bukit Jalil dua minggu sebelum itu. - Malaysiakini
* Ada benarnya, perhimpunan besar bukan jaminan...
Judul : Dr M: Himpunan besar PAS tak akan jadi undi
Deskripsi : Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan pe...