|
Aishah (kanan) bersama sebahagian daripada 40 ahli wanita yang hadir menghantar memorandum kepada MB semalam. |
IPOH - Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar kecewa apabila Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim tidak dicalon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Setiausaha Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar, Aishah Halid berkata, mereka terkejut apabila nama Kamilia tidak dicalon untuk mana-mana kerusi di Kuala Kangsar.
Menurutnya, mengikut heirarki, Kamilia turut menjawat jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar dan ia cukup untuk membuktikan beliau mampu memikul tanggungjawab.
“Kami berhasrat dan mahu beliau mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang ditinggalkan oleh Tan Sri Rafidah Aziz.
“Di mana slogan wanita dipuji, disanjung? Semua itu tidak dihargai apabila kepimpinan terlepas pandang nama beliau (Kamilia). Kami mohon dipertimbangkan apa yang mereka katakan,” katanya.
Katanya, Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) yang diberi mandat untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini tetapi terkilan ketua mereka tidak dicalonkan. - SH
Umno-BN sedang bergolak.
Judul : 'Di mana slogan wanita disanjung?'
Deskripsi : Aishah (kanan) bersama sebahagian daripada 40 ahli wanita yang hadir menghantar memorandum kepada MB semalam. IPOH - Wanita Umno Bahagian ...