|
abu bekir |
Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjakan lebih tiga suku juta ringgit dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, dengan menggunakan kad caj.
Pegawai berkenaan, Musinah Manap, 47, dari Menara Maybank Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Mahmud Abu Bekir merupakan pemegang kad caj American Express Platinum dengan nombor 3762-490572-25004 yang tidak ditetapkan had perbelanjaan.
"Alamat bil adalah pejabat beliau di Menara Titanium, Brighton Square, Kuching. Ini adalah bil daripada janaan komputer untuk bulan Januari sehingga Jun 2012," katanya.
"Sepanjang pengetahuan saya, bil yang dikeluarkan oleh bank adalah betul dan rekod saya menunjukkan tiada pertikaian oleh pemegang kepada urusniaga," kata Musinah kepada mahkamah.
Selain itu, Musinah (kanan) juga berkata, bukan keganjilan bagi sesebuah bank untuk mengeluarkan kad caj tanpa had penggunaan.
Musinah seterusnya membacakan jumlah yang ditanggung Mahmud Abu Bekir sepanjang tempoh berkenaan, yang digariskan bekas isteri lelaki berkenaan, Shahnaz Abdul Majid semasa pendengaran sebelum ini.
Penyata dari Januari hingga Jun tahun ini bagi kad caj American Express dari Maybank itu menunjukkan perbelanjaan berjumlah RM782,520.55.
Ia termasuk di kedai mewah seperti Harrods, kedai Ferrari di London serta perjalanan ke Dusseldorf di Jerman dan Perancis. - Malaysiakini
Bukalah mata dan hati wahai pengundi Sarawak.
Judul : Maybank sahkan Bekir belanja RM780,000
Deskripsi : abu bekir Seorang pegawai perkhidmatan pelanggan Maybank mengesahkan bahawa anak lelaki ketua menteri Sarawak Mahmud Abu Bekir membelanjaka...