|
satim |
Ketua pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menjelaskan bahawa kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina jambatan baru di bandar Klang kerana parti itu gagal membentuk kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) yang meminta beliau menjelaskan mengenai
jambatan yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya 2008.
Shuhaimi bertanya demikian memandangkan Satim sering mendakwa kerajaan Pakatan Selangor "tidak menepati janji".
Satim berkata perkara itu sukar untuk dijelaskannya namun jambatan itu akan siap sejak lama dulu sekiranya rakyat Selangor memilih BN, katanya.
Dalam perbahasan Belanjawan 2013 itu, Satim berkata jambatan itu merupakan janji yang dibuat di peringkat negeri, walaupun BN kini membentuk kerajaan persekutuan. - Mkini
Satu lagi bukti kejahatan UmnoBN.
Judul : ADUN Umno: BN tak bina jambatan sebab tewas
Deskripsi : satim Ketua pembangkang Selangor Datuk Satim Diman menjelaskan bahawa kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina jambatan baru di ban...