 |
| hasan ali |
Presiden NGO Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali mendakwa, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui kenyataan berhubung tindakan umat Islam menyatakan bantahan ke atas filem anti-Islam
Innocence of Muslims.Hasan mendakwa demikian berdasarkan laporan akhbar
Utusan Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Anwar dalam
laporan akhbar British,
The Scotsman.
Laporan
Utusan itu memetik kenyataan itu sebagai: "Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi."
Pandangan Anwar itu, kata Hasan, "memperkecilkan tindakan yang telah dan sedang diambil" oleh umat Islam dan tidak sepatutnya dikeluarkan "dari mulut seorang pemimpin Islam".

"Kenyataan yang sedemikian terlalu berat bagi saya dan anggota JATI untuk menerimanya.
"Kenyataan seperti ini menggambarkan betapa tidak sensitifnya beliau terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang bentuk penghinaan terhadap agama mereka," katanya.
Laporan
Utusan itu bagaimanapun tidak menyebut bahawa Anwar mengulas "reaksi ganas" dalam bantahan orang Islam ke atas video yang menghina Islam itu.
Kenyataan Anwar dalam
The Scotsman itu juga sebaliknya menyebut: "masalah dengan jiwa orang Islam... orang mudah marah dan emosi"
Seterusnya, Anwar dalam laporan
The Scotsman itu juga mengulas mengenai kemarahan kelas pemerintah Malaysia ke atas filem berkenaan.
"Hipokrasi oleh orang-orang ini (yang) bercakap mengenai mempertahankan Islam sedangkan mereka terang-terangan korup dan tidak adil...," katanya. - Malaysiakini
Teringat lawak filem P.Ramlee, "Apa yang kau merepek ni Syaitan"
Judul : Hasan Ali dakwa kenyataan Anwar hina orang Islam
Deskripsi : hasan ali Presiden NGO Jalur Tiga (JATI), Datuk Hasan Ali mendakwa, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina umat Islam melalui ken...