KUALA LUMPUR 7 Ogos - Polis menembak mati dua lelaki yang dipercayai suspek kes rompakan kedai emas Pasar Raya Econsave Alam Damai Cheras kelmarin, setelah berlakunya insiden berbalas tembakan di Jalan 8/91 Taman Shamelin Perkasa di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang anggota polis dari bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, turut cedera apabila terkena tembakan di peha kanan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, atas maklumat yang diterima, sepasukan polis bahagian D9 telah melakukan serbuan ke atas sebuah kereta Proton Perdana merah di tempat kejadian.
"Menyedari kehadiran polis, suspek melepaskan dua das tembakan ke arah polis. Polis kemudiannya bertindak balas melepaskan tembakan menyebabkan dua suspek itu terbunuh ," katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi ini.
Menurut beliau, polis menemui tiga pucuk pistol termasuk salah satunya dipercayai pistol mainan, tiga bilah parang serta sejumlah barangan kemas, dipercayai hasil rompakan kelmarin.
- Utusan
* Tahniah buat pihak polis kerana berjaya selesaikan kes rompakan ini dalam masa yang singkat.
Judul : Dua perompak ditembak mati
Deskripsi : KUALA LUMPUR 7 Ogos - Polis menembak mati dua lelaki yang dipercayai suspek kes rompakan kedai emas Pasar Raya Econsave Alam Damai Cheras ke...