Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Stadium Kelana Jaya malam tadi kerana mereka tidak boleh menerima kekalahan.
Beliau berkata ini adalah sukar kerana mereka cuba menimbulkan masalah dan menekan kerajaan.
"Saya pasti dalam masa terdekat mereka akan keluar ke jalan dan menimbulkan masalah khususnya kepada golongan peniaga," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah 'Master Foreign Going' daripada Persatuan Malim-Malim Pelabuhan Malaysia (MHAPA) di Shah Alam.
Perhimpunan pakatan pembangkang, yang disertai
ribuan orang, bertujuan
membantah keputusan PRU13.
Dalam pilihan raya umum Ahad lalu, BN memenangi 133 kerusi manakala Pakatan Rakyat mendapat 89 kerusi.
- Bernama Menang dengan cara menipu. Kalau Umno-BN kena pun akan amarah.
Judul : Dr M: Pakatan tak boleh terima kekalahan
Deskripsi : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-...