Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik seorang ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang cantik namun bakat yang besar dimiliki pelakon ini membuatkan ramai penonton berpuas hati dengan lakonannya. Pemilik nama
Emma Maembong mempunyai adik yang bernama
Cha Cha Maembong yang popular menerusi drama popular
Setia Hujung Nyawa sangat menjadi lakonannya dalam drama itu.
Oleh itu, pelakon Emma Maembong, 20, memberitahu, kelibat adik kandungnya, Cha Cha Maembong, 17, yang semakin mewarnai dunia lakonan kini sedikit sebanyak merisaukan dirinya.
 |
| Emma Maembong |
"Saya bukan iri hati, sebagai kakak saya cuma risau keadaannya, ialah sebagai anak bongsu dia memang sedikit manja," katanya.
Pendapat Emma mengenai lakonan adiknya itu yang semakin dikenali melalui drama bersiri Setia Hujung Nyawa, Emma memberitahu, dia sangat bangga mempunyai adik yang berbakat besar seperti Cha Cha.
"Dia sangat berbakat, saya sendiri tidak percaya pada mulanya.
"Kalau boleh impian saya adalah untuk berlakon bersamanya dalam sebuah drama bersama," katanya.
Judul : Emma risaukan adik - Gosip Artis
Deskripsi : Siapa tidak kenal dengan pelakon cantik seorang ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang cantik namun bakat yang besar dimiliki pelakon ini memb...