Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita RozitaChe Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu adalah bersifat peribadi danenggan mengulas panjang mengenai perkara itu.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 28, berkata, paparan wajahRozita berserta mesej berunsur cinta yang dimuatkan itu bukannya kerana inginmencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukankepada wanita itu sahaja.
"Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya fotodan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari sayauntuk dia (Rozita)."Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya yang dihubungi mStar Onlinepada petang Sabtu, dekat sini.Baru-baru ini, Zain telah memuatkan foto Rozita dengan selitan mesej romantis Neverwill you find another man that will do or love you as much as I will, this I promiseyou menerusi Instagram.
Tidak lama kemudian pelakon drama Kiah Perkasam itu pula membalas mesej yanghampir serupa dengan Zain berbunyi Never find a man that will do or love you asmuch as I will, I promise you.
Beritahu Zain lagi, apa yang dilihat menerusi laman sosial itu juga telah menjelaskansemuanya mengenai erti hubungan yang dijalinkan antara dia dengan Rozita. Sebelum ini, Zain berkata dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh denganaktres Rozita atau mesra disapa Che Ta pada masa akan datang.
Malah adik kepada penyanyi Sasha Saidin itu turut mengakui hatinya sudah lamatertarik dengan sikap baik hati dan keikhlasan wanita berusia 39 tahun itu.Nampaknya tak lama lagi Oh Gosip Artis dapatlah makan nasi minyak ... idok gitu... hehehe...
Judul : Cinta Zain Saidin Kepada Rozita Tidak Bertepuk Sebelah Tangan - Gosip Artis
Deskripsi : Pelakon Zain Saidin menyifatkan luahan cinta yang dibuat kepada pelakon jelita Rozita Che Wan menerusi laman Instagram pada Jumaat lalu ada...