|
chua |
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan telah menggelar dirinya sebagai peminat kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (
gambar) yang terlibat dalam skandal seks dengan teman wanitanya.
“Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul,” kata Tan dalam laman Facebooknya.
Sungguhpun kenyataan Tan mengatakan dia adalah peminat Dr Chua hanyalah satu gurauan, ia juga menjadi berita yang tidak diingini kepada presiden MCA tersebut tatkala beliau akan menghadapi pilihan raya dan dalam masa sama kurang popular di kalangan masyarakat Cina.
Pada tahun 2007, rakaman rahsia Dr Chua sedang mengadakan hubungan seks dengan kekasihnya di sebuah hotel di Johor telah tersebar di khalayak ramai.
Beliau kemudian dipaksa meletak jawatan selaku menteri kesihatan pada tahun 2008 dan tidak dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon dalam pilihan raya tersebut. Tetapi beliau telah kembali dan menjadi presiden MCA pada tahun 2010 selepas konflik dalaman dalam parti yang berlarutan.
Walaupun memenangi jawatan presiden, Dr Chua masih tidak mendapat jawatan kabinet, kerana persepsi negatif terhadap isu seksnya.
Tan mencipta kontroversi selepas dia dan kekasihnya meletakkan gambar dan video mereka melakukan hubungan seks di dalam blog.
Tan merupakan pelajar undang-undang Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan memegang biasiswa.
Selepas berita blognya tersebar, dia dan kekasihnya Vivian Lee, juga dari Malaysia, disiasat oleh pihak universiti atas dakwaan merosakkan nama universiti.
Tan akan menghadapi inkuiri disiplin pada 31 Oktober ini.
Minggu lalu, dia menyebarkan blognya di sebuah forum di Singapura, yang bertajuk “Sumptuous Erotica”, yang menurutnya mahu semua orang untuk terhibur.
Blog itu bagaimanapun telah ditutup.
Tan berpindah ke Singapura di bawah biasiswa Asean 2004 selepas belajar di Xinmin Secondary Schools dan Raffles Junior College sebelum menyertai NUS.
Dalam status Facebook yang berlainan, Tan juga mengkritik media yang mahu menjual ceritanya untuk mendapat keuntungan.
“Memalukan saya sahaja sebagai seorang ahli perniagaan. Mereka sedang membuat keuntungan atas Vivian dan saya,” katanya lagi. - TMI
Kita dilihat dengan siapa kita berkawan. MCA adalah kawan baik UMNO (BN).
Judul : Penulis blog seks berkata beliau peminat Soi Lek, secara seksual
Deskripsi : chua KUALA LUMPUR, 22 Okt — Penulis blog seks kontroversi Alvin Tan telah menggelar dirinya sebagai peminat kepada Datuk Seri Dr Chua Soi L...