|
aes |
Setiausaha DAP Lim Guan Eng berkata rakyat berpendapatan rendah perlu membayar lebih daripada apa yang diterima melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekiranya dikenakan saman melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan menyalurkan RM500 kepada golongan berkenaan, yang perlu membayar RM300 setiap kali disaman melalui sistem AES.
"Apa yang bagusnya kalau kerajaan beri kepada anda RM500? Dengan ada dua saman, sama seperti mereka ambil semuanya balik dengan untung yang lebih mereka dapat," katanya ketika berucap di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan hari ini.
Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September lalu. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan.
Lim mendakwa, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem berkenaan dan menjadi tanggungjawab DAP untuk membangkitkannya.
"Adakah masyarakat marah? Kalau marah, ini adalah peluang (kerajaan) memberi penerangan kepada rakyat," katanya lagi.
Menurut Lim projek AES mendapat tentangan kerana pemegang konsesinya, ATES Sdn Bhd dan Betap Tega Sdn Bhd mampu mendapat balik modal mereka melalui pengagihan keuntungan daripada saman yang dibayar.
"Sekiranya RM5 bilion dikutip setiap tahun, kedua-dua pemegang konsesi akan untung RM80 juta di bawah peringkat pertama, RM270 juta di bawah peringkat kedua dan RM350 juta pada peringkat ketiga.
"(Ini memberi pulangan) lumayan sebanyak RM700 juta untuk kerja setahun," katanya lagi.
Dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat Penyokong minggu lalu, penyokong kerajaan dan pembangkang juga sama-sama menyuarakan tentangan ke atas pelaksanaan AES.
MP DAP Kota Melaka Sim Tong Him berkata kerajaan perlu meminda had laju di lebuh raya kerana menurutnya had laju itu tidak seragam dan akan menjadikan orang ramai mangsa dengan pelaksanaan AES.
MP BN Sri Gading Datuk Mohamad Aziz pula berkata pelaksanaan sistem itu patut ditangguhkan kerana syarikat terbabit menurutnya mungkin hanya mahu membuat duit.- Malaysiakini
UmnoBN adalah wakil 'syarikat' bukan wakil 'rakyat' lagi. Tak guna tunai janji pendapatan tinggi tapi rompak lebih tinggi duit rakyat.