Tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan terhadap ibu tunggal, Norizan Salleh kerana kereta dinaiki mangsa enggan berhenti sewaktu dikejar polis.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman melalui surat kepada Malaysiakini memberitahu, kertas siasatan sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dan keputusan sudah dibuat.
"Norizan binti Salleh dibebaskan atas arahan timbalan pendakwa raya.
"Siasatan turut dijalankan ke atas anggota polis yang terlibat dalam kejadian ini.
"Pihak pendakwa raya memutuskan tiada sebarang pertuduhan terhadap mereka," kata Penolong Pengarah JSJK Mohd Kamaruddin Md Din dalam surat itu.
Norizan (kiri, berbaju kuning), 32 tahun, mendakwa ditembak polis sebanyak lima kali di tangan kanan, dada dan perut pada 30 Oktober 2009 yang mengakibatkan kecederaan serius.
Norizan turut mendakwa patah tulang rusuk ditendang polis selepas merangkak keluar dari kereta.
Lanjutan itu Norizan menyerahkan memorandum protes kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 April 2010 selepas permintaannya menemui Hishammuddin ditolak pada 25 Februari 2010. - Malaysiakini
* Pandai Umno perintah...
Judul : Tiada tindakan pada polis tembak Norizan
Deskripsi : Tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembakan terhadap ibu tunggal, Norizan Salleh kerana ...