BUTTERWORTH 1 Jun - Seorang jurutera hari ini dihukum penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas tuduhan
menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui sebuah laman web, tiga tahun lalu.
Keputusan terhadap Chan Hon Keong
(gambar), 29, dibuat oleh Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajuddin selepas beliau meneliti fakta kes dan hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sepanjang perbicaraan berlangsung.
Ikmal Hishan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan melibatkan kepentingan orang ramai.
''Ini satu-satunya kes menghina Sultan Perak yang dibicarakan secara penuh di mahkamah.
''Selepas meneliti dan berpuas hati dengan fakta dan hujah yang dikemukakan oleh kedua- dua pihak, dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman penjara setahun bermula hari ini dan denda maksimum RM50,000 dan jika tidak bayar, penjara lagi enam bulan,'' katanya. - Utusan
Judul : Hina Sultan Perak: Jurutera dipenjara, denda maksimum
Deskripsi : BUTTERWORTH 1 Jun - Seorang jurutera hari ini dihukum penjara setahun dan denda maksimum RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didap...