|
Sebahagian daripada 35 orang dipercayai bekas pengikut pergerakan Al-Arqam dari Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Arab. |
SEPANG - Tiga belas individu dipercayai bekas pengikut Al-Arqam ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Mereka adalah antara
35 rakyat Malaysia yang diusir oleh kerajaan Arab Saudi atas kesalahan membabitkan visa dan dokumen perjalanan.
"Mereka tiba di KLIA dari Jeddah kira-kira pukul 1 petang dan dibawa ke Jais, Shah Alam untuk diambil keterangan sebelum dibebas dengan syarat seorang penjamin bagi setiap orang," kata Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin ketika dihubungi.
Beliau berkata mereka yang terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita itu ditahan mengikut Enakmen Agama Islam Negeri Selangor kerana berdasarkan fatwa Mufti Selangor, Al-Arqam sudah terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Ketika ditahan, kami turut menemui bahan berkaitan kumpulan Al-Arqam seperti buku, pamplet dan risalah bersama mereka," katanya. - Bernama
Maksudnya kumpulan ini bebas dari tuduhan mengamalkan ajaran sesat di Mekah?