|
puad |
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat
seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian peranan yang jelas di antara parti komponen, dakwanya.
Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.
"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?
"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas.
"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.
Isu perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.
Beliau dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam rakyat.
Bercakap lanjut, Puad berkata cadangan agar presiden PAS menjadi perdana menteri membuktikan ahli-ahli PAS memprotes secara senyap idea pluralisme dan kenyataan Nurul Izzah tentang kebebasan beragama baru-baru ini.
"Tiada kesepakatan di antara mereka dan mereka tidak seperti BN yang mengamalkan kesederhanaan dan musyawarah.
"Satu lagi masalah adalah pluralisme, yang saya kira merupakan satu protes kepada kenyataan Nurul Izzah... dan mereka zahirkannya dengan mencadangkan Hadi sebagai PM," katanya.
Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.
"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?
"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas.- Mkini
Tak baik kata begitu. Apa perasaan Puad kalau orang kata, apa yang Puad kata tu ibarat orang yang 'berfikiran pengamal kahwin sejenis'. Kerana orang yang begitu tidak mampu menggunakan otak dengan baik.
Judul : 'Parti Pakatan ibarat kahwin sejenis' - Puad Zarkashi
Deskripsi : puad Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian per...