|
chandra |
KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah ujian terbesar kepada rakyat dalam mempertahankan kestabilan struktur sosiopolitik sedia ada di Malaysia, kata Presiden Just World Movement, Dr Chandra Muzaffar hari ini.
Menurut beliau, pilihan raya umum kali ini adalah cabaran bagi rakyat untuk mengekalkan kestabilan sosiopolitik negara seperti yang dikecapi seperti sebelum ini.
Beliau berkata, keghairahan sesetengah pihak termasuk pembangkang yang ingin meruntuhkan sosiopolitik negara perlu dihapuskan dengan serta-merta melalui pilihan raya akan datang.
"Sekiranya rakyat menghargai sistem sosiopolitik kita yang berjaya sekian lama, jika mereka menghargai kewujudan keamanan sedia ada, mereka harus mempertahankannya melalui undi dalam pilihan raya.
"Pilihan raya yang ke-13, kita tolak sama sekali mereka yang mahu rosakkan sistem sosiopolitik kita yang telah lama berjaya.
"Sekiranya kita tak menolak, individu dan makhluk tertentu dengan sosiopolitik ini akan menyebabkan anak-anak kita akan menghadapi masalah," katanya pada forum Perhimpunan Barisan 1Malaysia Untuk Masa Depan Rakyat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.
Dalam pada itu, Chandra berkata, rakyat perlu terus mempertahankan sistem sosiopolitik sedia ada untuk menjaminkan masa hadapan generasi akan datang. - SH
Tidak rosak kestabilan dengan menyingkir Melayu jahat lalu tukar dengan Melayu baik.