LONDON 6 Julai - Laman web Wikileaks semalam mula mendedahkan lebih dua juta emel pegawai kerajaan Syria yang bukan hanya akan memalukan Damsyik tetapi turut melibatkan pihak pembangkang negara itu.
Wikileaks dalam kenyataannya berkata, emel tersebut yang dikenali sebagai Fail-Fail Syria merupakan milik ahli politik Syria, menteri-menteri dan syarikat-syarikat kerajaan yang bertarikh dari Ogos 2006 hingga Mac lalu.
"Kandungan emel terbabit memalukan Syria dan kumpulan penentang kerana ia berkaitan dengan kepentingan, tindakan dan fikiran kedua-dua pihak.
"Kami cuba memahami konflik yang berlaku berdasarkan kandungan emel tersebut," katanya. - REUTERS
Judul : Wikileaks dedah emel kerajaan, pembangkang Syria
Deskripsi : LONDON 6 Julai - Laman web Wikileaks semalam mula mendedahkan lebih dua juta emel pegawai kerajaan Syria yang bukan hanya akan memalukan D...