BEIRUT 28 Julai - Kumpulan pemberontak Syria telah menahan seramai 100 tentera kerajaan sepanjang pertempuran di bandar Aleppo, menurut rakaman video yang diedarkan kumpulan aktivis, semalam.
Rakaman tersebut menunjukkan berpuluh-puluh lelaki sedang duduk di sebuah kawasan dan dikenal pasti sebagai kumpulan militia Shabiha.
Video tersebut dipercayai dirakam oleh anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA). - AFP
Judul : Pemberontak tahan 100 tentera Syria di Aleppo
Deskripsi : BEIRUT 28 Julai - Kumpulan pemberontak Syria telah menahan seramai 100 tentera kerajaan sepanjang pertempuran di bandar Aleppo, menurut ra...