SHAH ALAM - Di sebalik insiden mengamuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri semalam yang menyebabkan seorang maut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, keselamatan Perdana Menteri tidak akan dikompromi pada bila-bila masa.
"Berkenaan dengan amuk, saya boleh mengesahkan bahawa sekuriti Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak dikompromi pada bila-bila masa.
"PDRM masih menyiasat motif (tindakan dua orang yang mengamuk)... beri mereka masa untuk menjalankan kerja mereka," kata beliau menerusi mesej Twitter hari ini. - SH
* Kata rakyat didahulukan. Ini keselamatan rakyat tidak dijaga bersungguh-sungguh. Keselamatan kroni dan puak dia yang dijaga...
Judul : Hishammuddin: Keselamatan PM tidak dikompromi
Deskripsi : SHAH ALAM - Di sebalik insiden mengamuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri semalam yang menyebabkan seorang maut, Menteri Dalam Negeri, D...