Seorang pengurus kedai buku Borders di pusat membeli belah Midvalley hari ini didakwa atas tuduhan mengedar buku Irshad Manji bertajuk
Allah, Liberty and Love yang diharamkan di Malaysia.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Nik Raina Nik Abdul Aziz, selepas satu permohonan dibuat oleh peguam kedai buku Borders, Rosli Dahlan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.
Ketua pendakwa syariah Kuala Lumpur, Ibrahim Deris mengetuai pasukan pendakwaan.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 14 Jun lalu mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku
Allah, Liberty And Love dan
Allah, Kebebasan dan Cinta karya penulis berkenaan.
Kandungan buku berkenaan, menurut KDN, mengandungi unsur mengelirukan orang awam yang menyeru kepada logik akal semata-mata dan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bukunya terdahulu,
The Trouble With Islam Today turut diharamkan KDN kerana didapati mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang turut bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. - Mkini
Judul : Pengurus kedai didakwa edar buku Irshad Manji
Deskripsi : Seorang pengurus kedai buku Borders di pusat membeli belah Midvalley hari ini didakwa atas tuduhan mengedar buku Irshad Manji bertajuk Alla...