
SHAH ALAM - Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan tangkapan seorang lagi lelaki Jumaat lepas, kata polis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Bandar, Rawang pada pukul 5 petang Jumaat lepas.
"Ia adalah tangkapan kedua melibatkan kes simbah asid di Rawang selepas suspek pertama ditahan pada pukul 1 pagi hari yang sama di Kuala Kubu Baharu.
“
Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek itu, kami percaya kes ini telah selesai,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini.
Pada 27 Mac lepas, seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang. — BERNAMA
* Tahniah polis...
Judul : Polis selesai kes simbah asid
Deskripsi : SHAH ALAM - Siasatan kes simbah asid melibatkan seorang guru dan pelajar di hentian bas Batu 17, Rawang 27 Mac lepas telah selesai dengan ta...