COLOMBO: Tentera Sri Lanka kini sedang menyoal siasat ketua baru Harimau Tamil selepas ditahan di sebuah negara asing yang kemudiannya disahkan kumpulan penberontak itu sebagai Malaysia.
Jurucakap tentera Sri Lanka, Brig Udaya Nanayakkara berkata, Selvarasa Pathmanathan ditahan di luar negara dan dibawa ke Sri Lanka.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu di mana dan bila Pathmanathan diberkas.
Bagaimanapun, Harimau Tamil berkata dalam satu kenyataan hari ini, Selvarasa ditahan berdekatan sebuah hotel semalam oleh unit perisikan tentera.
Pathmanathan diburu Interpol kerana menyeludup senjata untuk pemberontak Harimau Tamil.
Beliau mengambil alih sebagai ketua pemberontak daripada kumpulan yang tewas Mei lalu berikutan kematian bekas ketua, Velupillai Prabhakaran. - AP
Judul : Ketua pemberontak Harimau Tamil ditahan di Malaysia
Deskripsi : COLOMBO: Tentera Sri Lanka kini sedang menyoal siasat ketua baru Harimau Tamil selepas ditahan di sebuah negara asing yang kemudiannya disah...