
KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak kepada penduduknya yang bukan beragama Islam.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sistem penjualan arak di negeri ini berkesan dan mampu memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga bukan Islam mengikut kaedah yang dituntut Islam.
"Kalau Ronnie Liu (Exco Selangor) nak mari, sebagai tuan rumah kita kena sambut tetamu yang mahu datang atau berkunjung ke rumah kita untuk belajar cara-cara kita mengendalikan sistem penjualan dan pengurusan kedai minuman arak kepada bukan Islam negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan durian bersama masyarakat Cina di sini petang ini.
Nik Abdul Aziz berkata kerajaan Kelantan mula melaksanakan sistem pengurusan penjualan arak di negeri ini selepas Pas mula mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990. - Mymetro
Judul : Kelantan sedia ajar Selangor jual arak
Deskripsi : KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan sedia membantu Selangor jika kerajaan negeri itu berminat mempelajari kaedah pengurusan dan penjualan arak...