Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj HanafiahKEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir Rosli Othman yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu (2 Ogos) kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000, dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini dengan ikat jamin.
Buletin Online telah dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh Penolong Setiausaha PAS Terengganu yang juga Pengarah MTD Cukai, Hj Hanafiah Mat pada jam 11.50 pagi tadi.
Beliau berkata ia sesuatu yang luar biasa, apabila Rosli bersama dua lagi rakannnya diperintah dilepaskan pada hari Jumaat, iaitu hari cuti umum bagi Terengganu.
Selain itu, katanya, tiada sebarang pertuduhan yang dibuat sehingga kini dan Rosli dilaporkan dibebas dengan ikat jamin. - Buletin Online
* ...lainlah pembangkang...
Judul : Adun Kemasik dibebas dengan ikat jamin
Deskripsi : Sesuatu Yang Luar Biasa, Tanpa Sebarang Pertuduhan dan Dibebaskan Pada Hari Cuti - Hj Hanafiah KEMAMAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ...