DAMSYIK - Syria hari ini mengumumkan tindakan balas mengusir sebahagian diplomat dari 11 negara, tindakan yang sama diambil negara-negara itu minggu ekoran tragedi pembunuhan di Houla baru-baru ini.
Tragedi di Houla dua minggu lalu menyebabkan lebih 100 orang terbunuh, dengan lebih 40 adalah kanak-kanak.
Sebelas negara itu mendakwa tentera kerajaan Syria sebagai punca tragedi itu.
Bagaimanapun kepimpinan Presiden Bashar al-Assad menafikan mereka terlibat dalam tragedi itu.
Kementerian Luar Syria berkata, diplomat-diplomat dari Amerika Syarikat, Britain, Switzerland, Turki, Perancis, Itali, Sepanyol, Belgium, Bulgaria, Jerman dan Kanda sudah diisytiharkan sebagai 'persona non grata'.
Antara mereka termasuklah Duta Amerika syarikat, Robert Ford yang sudah pun kembali ke negaranya selepas Washington memutuskan untuk menutup kedutaannya di Damsyik Februari lalu.
Duta Britain, Simon Collis, yang turut beradai di London sekarang juga termasuk dalam senarai itu.
Kementerian Luar Syria menambah, duta Turki dan kesemua anggota kedutaan juga diusir.
Malah, kesemua duta Kedutaan Kanada juga termasuk dalam senarai itu. - SH
Judul : Syria tindak balas, usir diplomat asing
Deskripsi : DAMSYIK - Syria hari ini mengumumkan tindakan balas mengusir sebahagian diplomat dari 11 negara, tindakan yang sama diambil negara-negara it...